Sejarah seni catan merupakan rantaian yang tiada berputusan sejak karya pertamanya dicipta. Semenjak penemuan ciptaan catan dinding di gua-gua batu di Selatan Perancis dan Sepanyol, khususnya di Lascaux kira-kira tahun 30,000 hingga 10,000 sebelum masehi yang mana seni catan telah menggambarkan alam fana yang sentiasa berubah-ubah dan merakamkan bagaimana pula idea manusia itu juga turut bertukar dan berkembang melalui pengaruh dan aliran dari zaman ke zaman. Kedua-dua aspek tersebut iaitu alam dan pemikiran manusia ini terus dieksploitasikan menerusi beberapa bentuk pernyataan bahantara dengan gaya yang tersendiri. Melalui bahan-bahan yang tidak terhad inilah individu-individu atau para karyawan melahirkan perasaan dan fikiran bagi meneroka ke alam seni yang penuh misteri dan memaparkannya ke dalam karya yang penuh kreatif. Proses artistik ini dilakukan oleh semua pelukis dan tidak terkecuali juga para pelukis (penggiat) tanahair.
Catan ialah proses menghasilkan seni dengan menggunakan bahan berwarna atau atau cat yang disapu ke atas sesuatu permukaan yang rata. Aktiviti catan membolehkan seseorang menyedari serta dapat merakamkan kesan cahaya pada bentuk, rupa serta susunan yang terdapat pada alam sekitar. Sejarah catan dikatakan bermula pada Zaman Yunani Purba. Gambaran yang dibuat mengisahkan aktiviti keagamaan. Media yang digunakan ialah mozek dan fresco. Pada Zaman Renaissance yang merupakan zaman kemuncak seni lukis di Eropah, media yang digunakan ialah cat minyak, cat air, fresco dan tempera. Pada abad ke-20, muncul satu aliran baharu dalam persembahan catan yang mempersembahkan catan yang mempersembahkan karya seni abstark dan semi abstrak. Di Malaysia, catan mula berkembang sekitar tahun 1930-an. Pelukis yang terkenal ialah Abdullah Ariff dan Yong Mun Sen yang banyak menggunakan media cat air.
Friday, August 6, 2010
Thursday, August 5, 2010
Test..test..
da blog 4 catan...mybe dpt mbri anda smua informasi yg bguna dr ms ke semasa ***ece ceh..
Subscribe to:
Posts (Atom)